Kanak2 gaza juga kanak2 palestin. Setiap hari terlihat kelibat mereka dalam tv, tak pun dalam tenet ataupun akhbar2 dan berita online. Malam tadi wartawan negara kita yang berada di Gaza berkesempatan untuk menemubual mereka. Aku cakap karang yang aku dah pergi ke sana menemui mereka hari ni memangla tak logik, kan..kan.. Sedangkan pasukan wartawan, doktor negara kita nak lepas masuk sempadan kat Rafah pun susah nak dapat inikan pula yang nak masuk saja2. Hm.. Begitulah. Risiko tinggi itu memang sudah pasti, tahap keselamatan pula masih ala kadar. Lainla bagi yang memang expert, dah terlatih ntuk menghadapi situasi peperangan. Jadi kita yang dalam negara dengarlah sedikit sebanyak berita yang wartawan Malaysia bawak setiap hari, kongsi cerita sesama kita mengenai anak2 kecil ini. Lakukan apa yang kita dapat. Tak banyak, sikit² pun tak mengapa. Bantu mereka yang di sana, bantu mereka yang hidup dalam negara juga. Mende begini memakan masa dan perlukan masa untuk pulih semula. Bantulah. Apa yang kita mampu. Manatau kita boleh membantu mereka ini, insyaAllah dengan tangan kita sendiri suatu hari nanti. InsyaAllah.
-28 Januari-
“Empat orang saudara lelaki saya mati syahid. Apabila saya besar, saya bertekad untuk mengebom mereka sebagaimana mereka mengebom kami.”
-Shirin, kanak-kanak Gaza.
Kisah Shirin hanyalah satu daripada ribuan kanak-kanak senasib. Bagi Anas Salem, parut kekal di wajah selepas rumahnya dibom menjadi ingatan terhadap kezaliman rekaan zionis. Walaupun agak bernasib baik kerana tiada anggota keluarganya yang terbunuh, kematian rakan sepermainan membangkitkan rasa kebencian yang meluap.
“Saya tidak takut dengan serangan Israel. Cukuplah Allah menjadi pelindung saya.”
-Anas Salem, 10 tahun
Jihan Husein Attar tidak dapat melupakan pengalaman melarikan diri di tengah malam selepas kediamannya dirobohkan tentera rejim.
“Kami melihat ramai yang syahid.. yang terbaring di depan kami. Banyak binatang ternakan dan juga orang tua menjadi mangsa.”
-Jihan Husein Attar, 7 tahun.
Trauma yang dilalui oleh kanak-kanak seperti Shirin, Anas dan Jihan serta ribuan kanak-kanak senasib inilah yang akan membangkitkan semangat juang dan fakta itu tidak dinafikan pakar.
“Apabila besar, sudah tentu tidak ada seorang pun akan melupakan serangan ini. Keadaan ini akan menanamkan perasaan mendalam untuk menentang Yahudi.”
-Dr. Tareq Yunous, Ketua Jabatan Pembedahan Kanak² As Syifa.
Sumber: Buletin Utama
ADS HERE !!!