GAZA – DULU & SEKARANG
Bersama Razali Awang dalam episode akhir “GAZA…disebalik cengkaman ZIONIS”
Paparan gambar ini menunjukkan kemakmuran Gaza City. Berbeza dengan Tebing Barat, Gaza yang ditadbir kerajaan Hamas mempunyai daya tarikan sendiri. Jajaran pantai sebanyak 40 kilometer menjadi tumpuan pelancong terutama di musim panas. Tetapi selepas 27 Disember lalu, segalanya berubah. Tanpa henti, tanah syuhada ini dimusnahkan. Wilayah mereka terus diganyang dan penduduknya disembelih Yahudi.
“Bagi Israel, dia melihat kawasan ini mempunyai kepentingan yang penting di seluruh perkara. Yang pertama dari segi pelancongan dan juga segi dari pendapatan kepada Negara. Tetapi lebih penting Israel melihat Gaza dari sudut strategik. Kerana walaupun Gaza ini kecil, tetapi ia boleh menimbulkan masalah kepada Israel.”
--Prof. Mohammad Redzuan Othman, Penganalisis Asia Barat
Selepas serangan yang mengorbankan lebih 1500 nyawa, kemusnahan ada di mana-mana. Dan yang paling menderita, penduduk awam.
“Barang-barang kurang, tidak ada gas dan lain². Rumah-rumah musnah, orang ramai dalam keadaan ketakutan. Tidak ada apa-apa sekarang sebab pintu sempadan ditutup. Tidak banyak barang yang ada, hanya sedikit susu dan keju. Penduduk beratur panjang untuk membeli roti. Banyak barang makanan sudah tiada.”
-Peniaga Gaza.
Sepanjang 6 hari berada di bumi syuhada, sukar digambarkan kesan jangka panjang yang terpaksa dilalui penduduk Gaza. Walaupun ringkas, kata-kata ini membawa maksud yang jelas apa yang diidamkan.
“Makna aman ialah tidak ada serangan. Saya marah kerana serangan kami tidak dapat hidup dengan selamat dan aman. Harapan masa depan tidak akan berlaku peperangan seperti peperangan ini.”
-Shaima Usama Ghanem, pelajar-kanak² palestin.
Laporan wartawan Razali Awang.
------------------------------------
Sikap berat sebelah yang diamalkan kuasa barat dilihat sebagai punca keganasan dan perang yang tidak berpenghujung di Palestin dan rantau Asia Barat. Pendapat itu diilhamkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad pada Forum Palestin di ibu negara. Ujar beliau, hanya fakta sejarah akan dapat menamatkan isu Palestin secara aman.
FAKTA SEJARAH TAMATKAN ISU PALESTIN
– TUN MAHATHIR
Tragedi kekejaman rejim zionis di Gaza katanya akan terus berulang. Menurut Tun Dr Mahathir lagi, tanggapan Yahudi, penduduk palestin boleh ditundukkan dan mengalah adalah silap. Ini kerana bagi setiap pejuang Palestin yang terkorban, ramai lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka. Perdamaian yang ditawarkan Barat terutama sekutu rapat Yahudi, Washington adalah perdamaian berbentuk tanah jajahan Israel.
“Israel banyak belajar dari Nazi kerana mereka kini mengambil pendekatan yang digunakan Nazi. Saya ingat mereka akan lebih bersimpati dengan orang lain tetapi tidak. Setelah menerima penindasan oleh Nazi, dibunuh dan didera oleh mereka, kini mereka ingin melakukan perkara sama ke atas orang lain.”
-Tun Dr Mahathir Mohammad, Kuala Lumpur.
MESIR TUTUP PINTU SEMPADAN LAGI
“Lebih 100 kumpulan orang asing meninggalkan Gaza melalui pintu Rafah semalam. Ia berikutan keputusan pihak berkuasa Mesir untuk menutup pintu sempadan hari ini. Menurut sumber Palestin, kumpulan ini terdiri daripada doktor, wartawan dan ahli politik selain petugas sukarela. Dalam perbualan telefon, jurucakap pentadbiran Hamas yang mengawal sempadan memberi isyarat bahawa pintu Rafah ditutup sepenuhnya kepada sebarang bentuk pergerakan. Ia akan dibuka semula tengahari bagi membolehkan beberapa pesakit dibawa keluar.”
-Naseer Al-Najjar, Gaza City
Sumber: Buletin Utama
ADS HERE !!!