Perempuan itu pun berkata,
"Jawablah.."
"Apakah yang kami semua sudah tahu tapi masih tidak menghiraukannya?"
Apakah itu?
Itulah salah satu daripada soalan-soalan yang ditujukan kepada Ahmed, Thief of Baghdad di mana kisah ini mengenai seorang pencuri di Baghdad dan misinya dalam membantu penduduk miskin pada masa itu. Ahmed, watak seorang pemuda yang baik hati dan encem, ehehe..
Adoi..ke sinopsis pulak. Sebilangan orang tentu pernah melihat cerita itu kan. Kalau tak drama 'Thief of Baghdad', cerita² alih bahasa yang lebih kurang begitu. Saya pun belum tengok cerita ni dari awal tetapi itulah soalan pertama yang diajukan kepadanya(Ahmed), sebelum boleh menaiki perahu dan menyeberang ke tengah sungai. Saya pun turut berfikir sama. Apa jawapannya agaknya. Baru saja tengok Tv sambil layari internet, tiba-tiba saja terdengar soalan sebegitu rupa. Bentuk soalan seperti biasa saja. Namun syarat yang dikenakan oleh perempuan pendayung di sungai itu dahsyat sekali; dan telah dipersetujui oleh Ahmed. Syarat menginginkan nyawanya..huhu... Kalo kira dengan zaman sekarang ini, pasti tak ada yang sanggup, kan,kan. Nyawa lak tu. Lebih baik ambik dan tiup pelampung oren bomba sebijik pastu gi berenang sendiri ke tengah sungai. Apalah sangat tengah sungai, bukannya ke tengah laut. Asalkan tak ada buaye yg lapo nak berbukak puase kat situ. Ada buaya yang tak lapar ka? uhuk...uhuk..
Tapi kan, beginilah kebiasaan sahibul hikayat cerita dalam tibi.. Kita pun tengok saja. Redha gitu~ huhu..
Kemudian, watak perempuan itu pun mengulangi soalannya semula kepada Ahmed.
"Apakah yang kami semua sudah tahu tapi masih tidak menghiraukannya?"
"Jawablah."
Ahmed berfikir sejenak. Kesukaran dan dugaan yang berulang kali dihadapinya sepanjang perjalanan membuat dia lebih berjiwa tenang. Bukan calang-calang padah yang bakal diterimanya jika tersilap jawapan. Kepalanya pasti akan hancur berkecai! Nyawa yang dipertaruhkannya. Dia sedar dan tahu risiko besar wujud di situ. Dia berdiri tegak di hadapan tanpa gentar, malah dia amat bersedia untuk menghadapi apa sahaja.
"Apakah yang kami semua sudah tahu tapi masih tidak menghiraukannya?"
Soalan itu masih terngiang-ngiang. Saya pun menanya diri sendiri, apakah yang dimaksudkan oleh perempuan muda itu?
Apa yang kita semua sudah tahu tetapi masih tidak menghiraukannya? Kita semua sudah tahu, tetapi masih tidak menghiraukannya..? Tidak menghiraukannya?
Apa dia?
Ahmed pun memandang perempuan itu dan terus menjawab sambil tersenyum.
"Kematian.." Ujarnya.
Mati? Errkk.... Kematian?
Uhuhu..
Iya, kematian. Dan jawapan Ahmed betul. Kematian.
Lantas saya pun teringat akan lagu yang baru didengar malam tadi. Lagu lugah². Iramanya best, semacam beri ketenangan bila mendengarnya. Tapi saya tak faham sepatah pun apa yang dinyanyikan dalam lagu tu. Sebab tak pandai berbahasa arab. Tak tahu tajuknya, tidak kenal siapa penyanyinya. Pertama kali mendengar radio online nasyid fm betul² tahun ini. Tu pun dengar kat blog orang. Blog budak kecik, budak sekolah rendah, aemantaslim. Err...nasyid fm..nasyid fm.. Mungkin pernah dengar dalam tahun-tahun sebelumnya..tapi tidak memberi perhatian. Huhu..yela tu.
Maka, saya pun berusaha mengenalpasti apa yang disebut penyanyinya dan mendengar betul-betul,
"wal ahlu ai nahnan 'uhu..." dan something bunyi macam "samaaiee~...." macam tu la. Kemudian saya cari dan menemui ini.
Farshi turob (Dust is my bed)farsyit turob yadhummuni wa huwa ghito-i
haulir rimal taluffuni bal min waro-i
wal lahdu yahki zulmatan fi habtila-i
wan nuru khatta kitabahu unsi liqa-i
wal ahlu ai nahnanuhu ba`u wafa-i
was sohbu ai najmu`uhum taraku ikha-i
wal malu ai nahna`uhu sora waro-i
wal ismu ai nabari-uhu lailath thana-i
hazi nihayatu hali
farsyit turob
wal hubbu wadda`a syauqahu wa baka ritha-i
wad dam`u jaffa masiruhu ba`dal buka-i
wal kaunu dhoqqa bi wis`ihi dhoqat fadho-i
bal lahdu sora bi duffati ardhi sama-i
hazi nihayatu hali
farsyit turob
wal khaufu yamla-u ghurbati wal huznu da-i
fa arjuth thabata wa innahu qosaman dawa-i
war rabba ad`u mukhlisan anta roja-i
abghi ilahi jannatan fiha hana-i
Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed
And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed
Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it
And for Allah i pray faithfully, You are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it
Itulah dia. Kematian. Sesuatu yang kita semua ketahuinya. Namun masih juga tidak menghiraukannya. Maka bersedialah kita dan luangkan masa untuk mengingatinya. Ingatlah akan hakikat mati. Mati itu amat dekat. Dan mati itu adalah pasti.
Jika kamu sudah bersedia untuk menghadapi mati, maka hendaklah kamu bersedia untuk menghadapinya.
Ya Allah, peliharalah dan lindungilah kami daripada keburukan dan kemudharatan di kala menghadapi kematian, akhirilah hidup kami dalam sebaik-baik kebaikan, lindungilah kami daripada azab kubur dan sembuhkanlah kami umat Islam di dunia dan akhirat sehingga bertemu Mu Ya Rahman. Aminn Ya Rabbal 'alamin.
Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadarrasulullah.
Aku menyaksikan bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan selain Allah dan aku menyaksikan Muhammad(saw) itu utusan Allah.