Bismillahirrahmannirrahim.
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, alhul-bait sekaliannya, para jemaah sekaliannya, hamba-hambaMu yang dalam kesusahan, para pemimpin yang Kau kasihi, para penduduk negeri ini seluruhnya, para penduduk Islam fi Palestin, para pejuang Islam fi Palestin, dan para pejuang Islam di seluruh dunia, serta kaum muslimin muslimat, mukminin mukminat di seluruh dunia, samada yang masih hidup mahupun yang sudah lama meninggal dunia. Ampunilah segala dosa kami Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan yang baik. Keselamatan. Kesihatan, kesejahteraan, kelapangan, ketenangan dan kerahmatan, keredhaan dalam perlindunganMu Ya Allah Yang Maha Pengasih. Lindungilah kami umat Islam. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, satu-satunya perlindungan yang tidak dapat ditembusi oleh siapa pun, baik orang yang baik dengan segala kebaikannya, mahupun orang yang jahat dengan segala kejahatannya. Tiada sulit bagiMu Ya Allah untuk menjaga keduanya (yakni langit dan bumi), Kerana sesungguhnya Engkau Maha Tinggi, Maha Besar. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Tinggi, Maha Besar, Kerana sesungguhnya Engkau Maha Tinggi, Maha Besar. Engkau jualah pengganti sebenar kepada keluarga di mana sahaja kami berada Ya Allah. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih..
Ya Allah, ampuni dan sembuhkanlah kami di dunia dan akhirat sehingga bertemuMu Ya Allah. Aminn.
Wa sallallahu 3ala sayyidina Muhammad wa 3ala aalihi.. wasahbihi wabarik wasallim. Rabbana atina fidduniya hasanah, wa fil akhirati hasanah wa qina 3azabannar. Aminn Ya Rabbal 3alamin.
Keterangan:
Ibnu Haj menerangkan dalam kitabnya AL MAD-KHAL, tidak mengapa melakukan pengubatan dengan NASYRAH, iaitu melunturkan tulisan ayat² suci Al-Quran yang dituliskan di atas kertas atau bejana dengan air, dan kemudian meminum airnya.
Syeikh Imam Abil Qasim al-Qusyairi menerangkan, bahawa suatu waktu anaknya sakit yang mengkhuatirkan, sehingga beliau merasa berputus asa. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan beliau bertanya: Apakah ada ubat bagi penyakit yang dideritai oleh anaknya.
Rasulullah SAW bersabda: Apakah engkau tidak mengetahui ayat-ayat Syifa' (ayat-ayat penyembuh)?
Syeikh Imam Abil Qasim al-Qusyairi selanjutnya menerangkan: Tatkala aku bangun dari tidurku, maka kubuka Al-Quran dan kuperhatikan. Maka terdapat enam buah ayat-ayat Syifa' (iaitu ayat² yang tercantum tersebut).
Segala kutulis di atas kertas, kemudian kulunturkan dengan air kemudian kuminumkan kepada anakku. Tidak berapa lama anak yang sakit itu beransur sembuh dan akhirnya sembuh sepenuhnya.
AYAT-AYAT SYIFA'
(AYAT-AYAT PENYEMBUH)
قَـٰتِلُوهُمۡ يُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَيۡدِيڪُمۡ وَيُخۡزِهِمۡ وَيَنصُرۡكُمۡ عَلَيۡهِمۡ وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٍ۬ مُّؤۡمِنِينَ (١٤)
Perangilah mereka itu, nescaya Allah menyiksa mereka dengan tanganmu, dan menghinakan mereka, serta menolong kamu mengalahkan mereka, lagi menyembuhkan hati kaum yang beriman.
(At-Taubah 9:14)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ
(٥٧)
Hai segala manusia, sungguh telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu. Dan menyembuhkan apa yang dalam dada (hati). Lagi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10 : 57)
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
(٦٩)
Kemudian makanlah bermacam-macam buah-buahan, dan laluilah jalan Tuhanmu dengan mudah. Keluar dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, untuk menyembuhkan (penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya.
(An-Nahl 16 : 69 )
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا
(٨٢)
Kami turunkan di antara Qur’an sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi yang demikian tiada menambah orang-orang yang aniaya, melainkan kerugian.
( Al-Israak 17 : 82)
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ (٨٠)
Dan jika aku sakit, Dialah yang menyembuhkan daku.
( Asy-Sy'araak 26 : 80)
وَلَوۡ جَعَلۡنَـٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيًّ۬ا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَـٰتُهُ ۥۤۖ ءَا۠عۡجَمِىٌّ۬ وَعَرَبِىٌّ۬ۗ قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدً۬ى وَشِفَآءٌ۬ۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٌ۬ وَهُوَ عَلَيۡهِمۡ عَمًىۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُنَادَوۡنَ مِن مَّكَانِۭ بَعِيدٍ۬
(٤٤)
Kalau kami jadikan peringatan itu Qur’an dalam bahasa ‘Ajam (bukan Arab), nescaya mereka berkata: Mengapakah tidak diuraikan ayat-ayatnya? Adakah (patut) Qur’an dalam bahasa ‘Ajam sedangkan Nabi bangsa ‘Arab? Katakanlah : Dia (Qur’an ini) untuk orang-orang beriman jadi petunjuk dan menyembuhkan (penyakit dalam hati). Dan orang-orang yang tidak beriman, dalam telinganya ada berat (pekak) dan Qur’an itu buta (gelap) bagi mereka. (Seolah-olah) mereka dipanggil dari tempat yang jauh.
(Fussilat 41 : 44)
Ya Allah kuatkan dan sembuhkanlah kami umat Islam
Sembuhkanlah para penduduk Islam Palestin dan para pejuang Islam Palestin
dan para pejuang Islam di seluruh dunia
~Aminn~