Lama aku duduk bila tengok ayat ni. Benar apa yang dikatakannya.
"Kemarahan.. kebencian kita terhadap zionis.. jgnlah sampai menggadaikan nilai sopan kita sebagai umat Islam."
Sana sini orang kita marah. Marah.. dan terus marah. Kadang-kadang dengar ayat-ayat yang digunakan kurang enak untuk didengar. Ayat yang tidak sepatutnya disebut, disebut secara tidak berpatutan malah berlebih-lebihan. Aku takut. Kadang² terfikir juga, kita berdoa siang malam mohon pada Allah moga² para penduduk Islam Palestin tiada lagi yang terkorban pada hari ini tetapi situasinya masih sama. Bukan sedikit orang kita berdoa, mendirikan solat hajat, berusaha menyumbang duit dan tenaga apa yang termampu. Tetapi lidah tidak kita jaga. Aku takut rahmat dan kasih sayang Allah berkurang pada kita. Aku takut.. Memerhatikan tulisanku yang ku taip semakin hari semakin lain kelihatannya. I'm sorry Ya Allah. Please forgive me. We need You Ya Allahu Ya Rabb. Allahumma 'alaika bil yahuud.. Ahzimhum wa ahlikhum wa zalzilhum. Allahumma 'alaika bil yahuud.. Ya Allah, porak-perandakanlah mereka, hancurkan mereka dan guncangkan mereka.
Ampunkan kami Ya Allah sekiranya kami terlupa atau tersalah..
...isk..
"Seringan-ringan kata yang menunjukkan pertengkaran, perselisihan, permusuhan atau kebencian ialah meninggalkan kata-kata yang sopan dan baik dan tidak lagi menggunakan kata-kata yang halus dan sedap dalam pendengaran."
-M.Abdai Rathomy, 1986
Teruk bunyinya, kan. Tapi beginilah sedikit potongan ayat dan isi buku yang aku suka ni kata. Ramai di antara kita yang terlupa. Bukan kita tidak marah dengan perlakuan rejim Yahudi ke atas saudara kita di sana, cuma aku takut kita terbawa-bawa dengan keterlebihan perasaan kita.
Janganlah kita berkata kotor, memaki-maki dan mencaci-caci, sekalipun ketika berhadapan dengan orang kafir atau musyrik.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
إيَّاكُم والْفُحْشَ. فَإنَّ اللهَ تعَالى لاَيُحِبُّ الْفُحْشَ ولاَ التَّفَحُّشَ
Maksudnya: "Jauhilah olehmu semua akan kata kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak suka kepada kata kotor atau tindakan yang kotor (buruk)."
Perlu difahami bahawa ada pula yang diperkenankan agama, iaitu apabila maksudnya itu adalah untuk menghilangkan kebathilan atau untuk menolak orang yang bermaksud hendak merosakkan harga atau kemuliaan agama Islam, kerana orang yang sedemikian ini kita sendiri pun tahu pastinya tidak akan menghentikan tindakan permusuhannya terhadap Islam dan kaum muslimin, jikalau tidak dilawan dengan kekerasan pula. Cuma, janganlah kita memaki-maki atau mencemuh dengan mengucapkan kata-kata laknat kepada manusia, binatang atau benda apa pun juga.
Rasulullah SAW juga bersabda;
اَلْمُؤْمِنُ لَيْسَ بِلَعَّانٍ
Maksudnya: "Orang Mukmin bukannya tukang melaknat."
Pengertian laknat itu maksudnya ialah mendoakan supaya yang dilaknat itu dimurkai dan dijauhkan dari rahmat Allah. Inilah yang tidak dibolehkan KECUALI kalau yang dilaknat itu memang mempunyai sifat yang nyata membuat ia menjadi jauh dari Allah Ta'ala, misalnya orang yang memperlihatkan kekafirannya atau kezalimannya secara terang-terangan. Contohnya rejim Yahudi yang melakukan kezaliman besar-besaran di atas bumi Gaza.
--------------------
GHADHAB (MARAH)
Ghadhab atau marah itu asal sesungguhnya adalah dari nyalaan api yang terpendam di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda;
"Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api dan air itu dapat memadamkan api. Maka apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah mandi."
Dalam hadist lain diterangkan: supaya berwudu' saja (jadi tidak perlu mandi)
Kita mengerti bahawa marah itu buruk sekali dan tercela, sebab asalnya saja dari syaitan. Maka dari itu ada seorang sahabat yang meminta kepada Rasulullah SAW supaya diberi petunjuk atau wasiat yang perlu diamalkan , dengan uraian yang ringkas dan sedikit saja, kemudian orang itu diwasiati demikian:
َلاَ تَغْضَبْ
Maksudnya: : Janganlah engkau marah.
Ketika orang itu meminta supaya ditambah, baginda Rasulullah SAW tetap hanya bersabda "Laa taghdhab" dan tidak ditambah apa-apa.
--------------------
TINGKAT PARA MANUSIA DALAM KEMARAHAN
Darjat atau tingkat para manusia dalam hal kemarahan itu ada 3 macam. Ada yang berlebih-lebihan, ada yang sedang dan ada yang lemah (lembik) sekali.
Kelemahan dalam kemarahan itu tidak baik sama sekali dan amat tercela dipandang agama Islam, sehingga dapat dinamakan tidak ada nafsu kemarahan, sekalipun melihat kemungkaran atau dilawan orang kafir. Orang yang sedemikian ini suka saja diinjak-injak kehormatannya dan tidak ada pembelaannya sama sekali, baik terhadap dirinya sendiri atau kepentingan agama Allah Taala. padahal sudah nyata apa yang tercatat dalam Al-Quran bahawasanya para sahabat Rasulullah SAW dan semua kaum Mukminin itu wajib memiliki sifat:
أشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ
(الفتح : ٢٩)
Maksudnya: "Keras sikapnya terhadap kaum kafir."
Kerasnya sikap itu tiada lain kecuali kerana adanya kemarahan dan marah yang sedemikian ini adalah benar dan diredhai Allah. Insyaallah.
Ada lagi sebuah ayat yang menyebut:
جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَفِقِيْنَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ
(التوبة : ٧٣)
Maksudnya: "Perangilah kaum kafir dan orang² munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka itu."
Cubalah rasakan, apakah dapat memiliki sikap yang keras itu andaikata tidak kerana timbulnya kemarahan? Tetapi kemarahan yang semacam ini adalah hak dan dibenarkan oleh Allah SWT. Cuma sebaliknya yang berlebih-lebihan dalam kemarahan itu tidak diredhai oleh Allah Taala dan asalnya dari syaitan.
Besederhanalah. Dan ingatlah Allah sentiasa.
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ اْلأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا
Maksudnya: "Sebaik-baik segala perkara ialah pertengahannya."
Sumber:
Buku Sendi Agama, M.Abdai Rathomy
------------------------------------------------------------------------------------------
SELAMATKAN GAZA YA ALLAH
Doa Khairul Umam
klik di sini
P/s: Berdoalah untuk keselamatan saudara kita yang berjihad di Palestin dan negara-negara yang seangkatan dengannya. Berdoalah untuk kesejahteraan negara kita Malaysia dan negara-negara Islam di seluruh dunia.
ADS HERE !!!