PETUGAS PERUBATAN TURUT TERKORBAN
Hospital Yusuf Najjar di Rafah, Bandar Gaza yang bersempadan dengan Mesir tidak henti-henti menerima mangsa cedera. Selain doktor tempatan, kumpulan doktor negara jiran, Mesir, Maghribi dan Yaman memberanikan diri menyeberangi sempadan untuk menawar kepakaran.
“Kumpulan kami terdiri daripada 11 doktor dengan pelbagai kepakaran. Sembilan doktor Mesir, seorang dari Yaman dan seorang dari Maghribi. Kami kini di hospital Yusef Najjar, sebuah hospital yang kecil dengan hanya 40 katil.”
-Petugas perubatan.
Jumlah petugas yang ada tidak mencukupi. Apatah lagi nyawa mereka turut terancam ketika keluar menyelamatkan mangsa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak pencerobohan bermula, 21 petugas perubatan Palestin terkorban sementara 30 yang lain cedera semasa bertugas. 11 ambulans musnah, malah petugas perubatan Gaza mendakwa seringkali mereka turut dijadikan sasaran. Suruhanjaya Palang Merah Antarabangsa menyelar sikap tentera Israel yang sengaja menghalang petugas perubatan membantu mangsa.
TIADA TEMPAT SELAMAT
“Semua rumah kami telah dimusnahkan di kawasan Salatin semuanya musnah. Kami melarikan diri dari sana. Atas nama Allah, kami menyelamatkan diri. Sekiranya kami tinggal lagi seminit mungkin kami akan mati. Kami datang ke sini selepas diberitahu yang ia selamat. Bila sampai, anak kami terkorban selepas sekolah diserang. Kereta kebal tembak mengenai kepalanya sewaktu dia memasuki bilik air.”
-Intisar al-Sultan, Pelarian Palestin.
JADI TONTONAN
Sedang penduduk Palestin bersimbah darah, lokasi sempadan di Ashkalon-Sderot di selatan Israel menjadi tumpuan sekelompok Yahudi. Dengan berkonvoi motosikal berkuasa besar lengkap dengan kibaran bendera Israel, gerombolan ini mencari tempat yang sesuai untuk menonton pengeboman bumi Gaza. Setiap dentuman dan kepulan asap itu seakan-akan satu pesta pertunjukan bunga api.
“Kami adalah kumpulan penunggang motosikal. Kami datang ke sini untuk menyatakan suara hati dan berkata kepada dunia bahawa kami boleh dan kami mempunyai kuasa untuk menang.
-Etai, penduduk Yahudi.
Berpegang kepada alasan sering menjadi sasaran roket Hamas, kelompok yahudi di Ashkalan dan Sderot sudah sekian lama mendesak agar kempen ketenteraan dilancarkan ke atas Gaza.
“Saya sedar, askar-askar kami di luar sana dalam bahaya. Mereka cuba menghentikan kejahatan, situasi yang mengheret kami dan kami cuba menghentikannya.”
-Michael, penduduk Yahudi.
HAMAS DESAK NEGARA ARAB BERSATU
Demi mempertahankan hak penduduk Gaza, pemimpin Hamas mengulangi pendirian tidak akan bertolak ansur terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel.
Khaleed Mashal, pemimpin Hamas yang berada di Damsyik:
“Apa yang kami minta, pertama genjatan senjata segera kerana ia membabitkan pertempuran dengan mereka yang tidak bersenjata. Kedua, pengunduran tentera Yahudi dari Gaza. Ketiga, menghentikan sekatan selain serangan ke atas wilayah itu. Keempat, membuka semula kawasan sempadan yang dimulai di Rafah.”
TEBING BARAT DIBUKA
Situasi di Tebing Barat pula menyaksikan Tel Aviv membuka semula pintu sempadan selepas 2 hari menutupnya. Sebelum ini atas factor keselamatan, Israel bertindak menutup kawasan terbabit berikutan bantahan penduduk Palestin terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas saudara mereka di Gaza. Berikutan serangan bertalu tentera Yahudi di Gaza, Israel khuatir ia akan berdepan dengan penentangan penduduk Palestin di Tebing Barat yang berada di bawah pentadbiran Fatah. Sebelum ini pemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan kebimbangan pertumpahan darah akan berlarutan jika pihak bertelagah tidak akur kepada gesaan genjatan senjata oleh PBB. Walaupun kalah kepada Hamas dalam pilihanraya 2006, Israel bertindak mengiktiraf Fatah sebagai pemerintah.
Sumber: Buletin Utama
------------------------------------------------------------------------------------------
Selain bab Husni Mubarak, sebenarnya dia ni (Mahmoud Abbas) ni pemimpin apa sebenarnya? Ketepikan nyawa rakyat, nampak macam hubungan politik ngan Israel dia mesreee sangat. Taulah dia Fatah. Ada sengketa dengan Hamas, tapi Hamas tu pun sama Islam dengan dia jugak. Time-time cenggini tak perlulah utamakan pendirian politik Fatah, bila dah sesama Islam dalam negara yang dibunuh Yahudi laknatullah. Tengok Hizbullah. Dia dulu yang datang tolong. Dipermudahkan cerita, al-misalnya macam kat Negara kita, kalo tentera yahudi serang kawasan BN/PKR/DAP/PAS, tembak bunuh penduduk awam negara kita sampai nak dekat 900 orang umat Islam mati dan hampir 3000 cedera (hampir keseluruhannya wanita dan kanak-kanak), patut ke pemimpin negara kita biarkan begitu saja? Biarkan yahudi kontrol kawasan sempadan sesuka hati dia nak dalam negara kita sendiri? Ini missal saja taw. Saya tak berapa politik ni. Dalam parlimen, teriak sana teriak sini mein ‘kau mengata aku, aku mengata kau depan-depan’ macam budak-budak orang kata. Huhuh. Pastu pimpinan Fatah tak tolong pun Hamas (sesama muslim) sejak berlakunya serangan Gaza ni. Hope negara kita boleh bersatu bebaskan jiwa yang keras tuh, politik politik jugak. Kalau kita namanya Islam ini, kita perlu bersatu walau apa jua keadaan. Jangan asik tunding jari saja bila ada kesalahan. Negara-negara Arab sendiri kita dah nampak, dah tak kuat, tak bersatu. Sorang cakap begini, sorang lagi tengok saja. Sorang lagi beriya-iya, yang lain tak support pun bila dia dah dalam kesusahan. Senang-senang saja tentera luar masuk campur kononnya nak kekang keganasan, nak bawak keamanan. Terima masuk, silekan…silekan. Rakyat sendiri mati berhimpitan. Dorang semua tu senyum kambing je nengoknye. Duk terbahak-bahak atas meja. Takkan kita berharap nak jadi macam tu. Habislah Negara kita, rakyat kita, agama kita hanya kerana politik yang diletakkan di atas berbanding agama. Harap sejarah zaman kesultanan kita dahulu kala tidak berulang. Tolak berkaitan kedatangan penjajah, tolak mengenai musuh luar yang datang menyerang. Agak-agaknya kenapa ya.
P/s: Tidak mewakili mana-mana parti politik.
Pemimpin-pemimpin semua parti negara kita tak akan berdiam diri kalo berlaku situasi seperti ini. Kita sama-sama tahu. Cuma kita sedih, Negara-negara Islam masih tidak bersatu, masih belum kuat, ekonomi, kepakaran, ketenteraan, itu ini. Duit Amerika jatuh, kita kena tempiasnya. Minyak setong di Amerika tinggi, awat la kita pun merasa ‘ketinggian’nya. Hm.. Takkan selepas ini pakaian dalam di sana berbau, kita pun nak turut sama menghirup bau-bauannya juga?