Terang sungguh mata ni...rasa macam boleh zoom 8x macam MP camera. Hari dah larut malam.
Bukannya apa, cuma tak dapat tidur slepas berulang kali tengok rakaman tentang ni. Budak-budak kecik nangis menggeletar takut. Betul-betul takut. Umur sekecil tu dah melihat pelbagai corak kemusnahan, kehancuran, cara kematian, berlakunya kekejaman malah pembunuhan di depan mata. On the spot. Live. Tidak wujud lagi tahap penapisan untuk tontonan 18SG di Semenanjung Gaza, dah turun enam tahap ke kadar 3SG dah rasanya, secelik-celik, sebuka-buka mata budak kecik di sana. Orang dewasa tua muda, tak kira lelaki perempuan berlari-lari, tolong angkat orang yang cedera, tangan patah..kaki patah; dan yang paling tragik skali bila cameramen yang amik gambar tu dah dekat, ada mangsa yang dah tak bergerak dan tak berkepala lagi. Terus yang berlari-lari untuk menolong tadi tu menangis meraung...
Betul-betul meraung. Skalipun yang terkorban itu bukan ahli keluarganya.
Betapa kejamnya zonis. Eja Zionis pun dah tak betul malam ni aku.
Huh.. menci.
Pekerja-pekerja pasukan perubatan, penduduk tempatan dan ambulans ulang-alik usung orang awam yang injured, tak cukup ambulans, kereta penduduk dorang gunakan untuk angkut mangsa. Balik-balik aku tekan play stop kat windows media player ni, melihat orang biasa macam kita ni berkejar ke arah mangsa, berkerumun, menolong seberapa terdaya dan angkut mangsa-mangsa yang ada. Bab menggunakan kereta penduduk time² kecemasan, angkat mangsa dan letak kat tempat duduk penumpang tu memang kita dah biasa tengok tapi yang baru terlihat sekejap tadi ni, sampai terpaksa isi dan muatkan mangsa yang cedera parah dalam bonet kereta..
Darah-darah terpercik, mengalir sana-sini. Di jalan-jalan raya, sehari dua ni memang takkan sempat disiram punya. Grenti esok ada lagi. (Nauzubillah) Bukan magik sebab muncul semula, tapi kerana darah penduduk awam yang di 'aim' nya. Tak lain tak bukan asap-asap pasti akan berkepul di kawasan kediaman, di kawasan penduduk awam yang memang tak bersenjata. Dahla rejim zionis terang-terangan langgar undang-undang antarabangsa, guna bahan kimia, yang dia guna bom berangkai lagi tu ada ke patut. Dahla tak betul tempat jatuhnya, tak habis meletup bom tu, skalipun ada yang dah landing ke tanah. Takut kemudian nanti orang awam terkena lagi letupan bom time melintas dekat sisa-sisanya. Sebab tu bom berangkai diharamkan penggunaannya. Ada usaha pengharaman penggunaan bom berangkai dalam Perjanjian Persepakatan Bom Berangkai di Oslo, Norway. Itu agaknya.Tak pasti apa nama perjanjiannya. (Info: Saiz bom berkenaan yang kecil boleh digugurkan dengan mudah dari udara atau boleh dilancarkan dari darat, tetapi lebih bahaya apabila kanak-kanak yang menyangka ia sebagai mainan). Sumber Info : Internet
Beginilah kebiasaan intro-perang mahupun pasca-perang. Nyawa hilang. Kota hilang. Rekod kematian hilang. Salah-silah dan keturunan hilang. Adik-beradik, mak ayah, saudara mara, kawan-kawan sama skolah boleh hilang begitu saja. Bangunan-bangunan dan rumah-rumah kediaman tetap hancur, ada yang bentuknya ranap habis . Tinggal tiang orang kata; bila dah terkena bom ngan roket, mortar-mortar dan peluru berpandu. Non-stop. Memang takkan berhenti berlaku kematian. Siang malam saudara Islam kita menangis di sana. Dan ada yang dah tak tertangis lagi. Kita di rumah masih lagi ada waktu Allah kurnia bagi menyandar kat kerusi, baring, tengok Tv, makan nasik, huhu..nak menaip pun dah tak pandai lagi rasanya aku..isk..
"Ya Allah, kami bermohon. Selamatkanlah para penduduk Islam Palestin"
~Aminn.
---------------------
DOA DI KALA MENGHADAPI MUSUH
Kata Abu Said al-Khudri radhiallahu 'anhu (semoga redha Allah dilimpahkan atasnya):
Pernah kutanyakan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam (SAW) tatkala berhadapan dengan musyrik Quraisy di medan Khandaq, Apakah yang harus kita lakukan dalam situasi yang gawat ini selain yang telah kita siapkan itu, ya Rasulullah?
Jawab baginda Rasulullah : Ucapkanlah,
ّاللَّهُمَّ اسْتُرْعَوْرَاتِنَا وَاَمِّنْ رَوْعَاتِنَا
(رواه احمد والبزار)
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhan kami, bentengilah kelemahan-kelemahan kami dan tabahkan serta tenangkanlah hati kami.
(Riwayat Ahmad dan al-Bazzar)
Sumber doa: Buku, Pilihan Doa Rasulullah.
P/s: Kembalilah kepada Allah dalam apa jua proses kehidupan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
ADS HERE !!!