“Hospital Shifa, sudah ketandusan sejak sekian lama. Ia tidak mempunyai alat ganti untuk peralatan rawatan. Ia tidak mempunyai katil yang cukup, tidak mempunyai troli atau penekup oksigen. Dari sudut perubatan, ini sangat menyulitkan apatah lagi bila pengeboman bermula."
-Mads Gilbert, Doktor Norway.
Di bawah sekatan Israel, sekatan bantuan seringkali tergendala memaksa penduduknya bergantung kepada saluran yang diseludup melalui saluran bawah tanah, berhampiran sempadan Mesir. Kini operasi gempur rejim telah memusnahkan puluhan terowong terbabit.
KESENGSARAAN BERPANJANGAN
Tidak hanya kematian, operasi gempur Gaza juga membawa seribu satu macam kehancuran kehidupan penduduk Palestin. Di Hospital Khan Younis, Gaza City, Ahmad Abu Asi menjadi tidak keruan mengenangkan nasib diri dan setiap anggota keluarganya. Tiga hari lalu anak lelakinya Amar 17 tahun, cedera parah dalam serangan Yahudi di perkampungan Bani Sahila di timur Khan Younis.
“Apa yang mereka mahu dari kami? Apa yang zionis mahu? Adakah mereka mahu menghancur keseluruhan bumi kami? Apa kesalahan kami? Tragedi Nakba 1948 tidak sepatutnya berulang. Ini tanah kami, hak kami. Kami tidak akan menggadainya walaupun seinci.”
-Ahmad Abu Asi, mangsa rejim Israel
Ahmad Abu Asi dan isterinya baru pertama kali dapat melawat anaknya setelah terperangkap di rumahnya ketika serangan. Detik satu kepayahan bagi Ahmad kerana terpaksa memberitahu isterinya kedua-dua belah kaki anak mereka terpaksa dipotong. Kecacatan Amar satu lagi catatan malang buat keluarga Ahmad. Beberapa tahun lalu semasa kebangkitan Intifada ke-2, Amar cedera parah bersama dua orang saudara lelakinya, sementara abangnya terkorban.
---------------------------------
INTIFADA KE-3 MASIH SAMAR
Palestin ditindas dan menjadi mangsa kekejaman Israel sejak 1948 lagi. Ia menduduki Palestin secara haram, justeru sebarang tindakannya hingga ke hari ini adalah menyalahi undang-undang antarabangsa. Bagi menentang kezaliman terbaru rejim zionis, apakah kebangkitan Palestin menerusi Intifada ke-3 akan berlaku di Palestin jika nasib yang menimpa seperti tiada noktah.
Intifada pertama bermula pada 1987 di Gaza dan berlarutan sehingga 5 tahun. Rakyat Palestin hanya bersenjatakan batu menentang tentera Israel, yang mempunyai persenjataan moden. Intifada pertama bukan sahaja berlaku kerana marah terhadap kezaliman rejim zionis tetapi juga memberontak terhadap Negara Arab yang berdiam diri tidak membantu perjuangan Palestin. Intifada ke-2 di Tebing Barat menyaksikan penentangan bersenjata pada September 2000 berikutan lawatan Ariel Sharon ke Masjidil Aqsa. Dikenali Intifada Al-Aqsa, menyaksikan 3500 warga Palestin dan 1500 askar Israel tewas. Bagi penganalisis, walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Hamas menyeru Intifada ke-3, kebangkitan mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
“Saya melihat bahawa walaupun berlakunya kebangkitan tetapi dari segi kekuatannya, dari segi keberkesanannya, tidak akan sama dengan Intifada Pertama ataupun Intifada Kedua. Kerana pada waktu ini kita dapat melihat rakyat Palestin sebenarnya dalam keadaan yang berbeza daripada keadaan sebelumnya. Antaranya pada waktu ini mereka terbahagi kepada dua kumpulan yang paling ketara iaitu Hamas dan Fatah. Pada waktu yang sama, kita dapati berlakunya penindasan yang amat luar biasa ke atas rakyat Palestin. Oleh itu, dapat kita lihat di sini bahawa senarionya amat berbeza pada waktu ini. Kalau tahun 1987 kebangkitan itu berlaku ketika Hamas masih lagi tidak dianggap sebagai satu ancaman.”
-Prof. Mohammad Redzuan Othman, Penganalisis Asia Barat
Kekuatan Intifada Ke-2 juga disokong oleh Presiden Iraq ketika itu, iaitu Saddam Hussein. Justeru, jika rakyat Palestin inginkan Intifada ke-3, mereka memerlukan sumber kekuatan luar. Peranan Fatah kini juga tidak banyak membantu.
“Fatah merupakan satu kumpulan yang telah pun hilang kreadibiliti. Terbukti pada tahun 2006 apabila mereka ditewaskan dalam pilihanraya yang bebas dan ini menunjukkan bahawa rakyat Palestin kalau diberi pilihan secara terbuka, secara bebas, mereka inginkan suatu alternatif, dan ini merupakan suatu senario baru dalam konteks rakyat Palestin. Dan pada tahun 2007, mereka diusir pula dari Semenanjung Gaza. Sepatutnya rakyat Palestin menyokong Fatah, tetapi mereka diusir dari Gaza. Ini menunjukkan bahawa betapa kecilnya peranan yang pada waktu ini dimiliki oleh Fatah. Dengan senario yang ada pada waktu ini, ternyata sekali bahawa rakyat Palestin perlu mencari suatu pendekatan baru, yang membolehkan mereka bangkit dan kebangkitan itu merupakan kebangkitan yang padu yang boleh menggugat rakyat ataupun menggugat Negara Israel.”
-Prof. Mohammad Redzuan Othman, Penganalisis Asia Barat
------------------------------------------------------------------------------------------
BANTUAN SEGERA 18 TAN MAKANAN“URGENT HUMANITARIAN ASSISTANCE FOR THE PEOPLE OF GAZA”
By
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Di Kuala Terengganu, NGO, Islamic Relief Malaysia hari ini melakukan penghantaran segera.18 tan makanan dalam tin bagi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kekejaman Israel di Gaza. Islamic Relief yang berpangkalan di United Kingdom adalah satu daripada lima NGO yang dibenarkan beroperasi di kawasan konflik terbabit. Penghantarannya dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
“Islamic Relief tak ada masalah kerana kita memang ada office di Gaza, memang dah beroperasi di Gaza selama 12 tahun.”
-Zawahir Che Abdullah, Pengurus Islamic Relief Malaysia.
Sebarang bantuan orang ramai menerusi NGO ini boleh layari maklumat di laman web
http://www.irm.org.my/
Islamic Relief yang turut bekerjasama dengan Yayasan Belia Malaysia akan melancarkan Dana Kemanusiaan Palestin, (DAKAP).
Sumber: Buletin Utama, 8 Januari
ADS HERE !!!