Hanya beberapa jam sebelum bermulanya serangan, sebuah masjid dibedil di utara Gaza. Terdapat visual rakaman video bedilan yang diambil dari kokpit pesawat yang dikeluarkan tentera Israel. Bedilan menyebabkan bahan letupan yang disimpan di dalam masjid berkenaan meletup dan menyebabkan kebakaran.
Semalam (1 Januari), pesawat udara Israel menggugurkan satu tan bom ke atas kediaman seorang Ketua Hamas di Jabalia. Serangan meragut nyawa Dr.Nizar Rayyan, 49 tahun, seorang daripada lima pembuat dasar Hamas. 18 yang lain turut terkorban termasuk ke empat-empat isteri pemimpin itu dan sembilan daripada 12 orang anaknya. Runtuhan bangunan turut menimbus beberapa buah kenderaan. Hamas melalui wakilnya di Majlis Perundangan Palestin, Yusuf Hamed Bitawi, mengutuk keras pembunuhan Rayyan.
Sementara itu menurut seorang pegawai Palestin, Israel membenarkan kira-kira 400 warga asing yang menetap di Semenanjung Gaza meninggalkan wilayah itu hari ini. Pegawai berkenaan memetik kenyataan yang dikeluarkan sebuah agensi kemanusiaan bahawa ia telah menerima notis daripada Tel Aviv mengenai perkara berkenaan.
Jurucakap tentera Israel, (Peter) Lerner kemudian mengesahkannya. Katanya warga asing terbabit termasuk dari Amerika Syarikat, Rusia, Turki dan Kazakhstan. Kebenaran meninggalkan Semenanjung Gaza berkemungkinan dibuat sebagai persediaan serangan ke atas sasaran yang diperintah Hamas itu akan dipertingkatkan. Kebanyakan warga asing adalah mereka yang berkahwin dengan rakyat Palestin di Gaza.
Fakta: KEKEJAMAN AL-NAKBA BERULANG
Kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin bermula sejak kewujudan negara Yahudi itu. Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 memutuskan Palestin yang ketika itu dijajah British dibahagi kepada 2 wilayah, Arab dan Yahudi. Namun hasrat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara yang merdeka tergendala berikutan tercetusnya Perang Asia-Barat pada 1948.
Kekalahan Arab dalam perang itu menyebabkan antara 600-700 ribu penduduk Palestin meninggalkan kampung halaman mereka. Bencana yang menimpa penduduk Arab itu digelar Al-Nakba merujuk kepada hampir 2/3 populasi Palestin menjadi pelarian. Cubaan mengusir rakyat Palestin oleh Israel berterusan hingga ke hari ini seperti mana yang berlaku di Gaza.
“Anda tahu Barak (Menteri Pertahanan Israel) dan Tzipi Livni (Menteri Luar Israel) serta yang lainnya berlumba-lumba untuk memancing undi dalam pilihanraya dengan membunuh lebih ramai rakyat Palestin dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin adalah apa yang sedang berlaku di Gaza kini.”
-Abdelaziz Aboughosh (Duta Palestin ke Malaysia)-
Dianggarkan kini terdapat antara 4 hingga 6 juta pelarian Palestin di seluruh dunia. Kebanyakan pelarian ini masih tinggal antara 100km dari sempadan Israel, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Lebih 1.5 juta pelarian Palestin tinggal di 59 khemah pelarian rasmi yang terletak di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.
“Kami hanya minta perkara mudah…tamatkan penjajahan satu-satunya penjajahan yang wujud di abad ke-21. Tiada lagi penjajahan di mana-mana sekarang ini di dunia. Kami inginkan kebebasan dan kemerdekaan.”
-Abdelaziz Aboughosh (Duta Palestin ke Malaysia)-
Sumber:
Buletin Utama, 2 Januari
P/s: Kekejaman Yahudi ni memang dah nyata, terang-terangan dari dahulu. Yang tak berbunyi tu jangan kiralah; memang takkan ada 'deadline' nya selagi wujud dunia ini. Cuma kita ni asik tertidur, liat nak bangun. Bangunlah. Jangan banyak sangat tidur. Nanti badan jadi lemah. Cuba tengok Presiden Iran, jadual harian beliau padat 20 jam, tidur tak sampai 3 jam pun agaknya. Fikir²kanlah.
ADS HERE !!!