بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الذي خلقنا، وأدبنا فأحسن تأديبنا، وشرفنا بنبيه محمد صلى الله عليه وسلم فأحسن تشريفنا
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 !
Aku mulai penulisan di Tahun Baru ini dengan mengucapkan lafaz tasbih, Subhanallah.. tahmid, Alhamdulillah.. takbir, Allahu Akhbar.. sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang masih memberi kekuatan dan waktu terluang untukku setiap hari.
' SeLaMaT TaHuN BaRu iSLaM 1430H..Smoga sgala amal n ibadah kita di tahun baru diterima oleh ALLAH SWT..Dan di tahun yang baru ini, kita bisa lebih meningkatkan keimanan, keislaman n ketaqwaan kita..Amieen.. (Don't forget to pray 4 Palestine).'
Pagi-pagi lagi kawan baikku Imron menghantar mesej. Rajin betul dia jalan-jalan cuci mata pagi-pagi di atas jambatan kawasan kampung Melayu, katanya dari atas jambatan kelihatan pemandangan yang indah dengan latar Sungai Ciliwung. Mmmm..tak pernah duduk diam dia ni.
Iyalah Imron, semoga kita boleh menambah dan mendapat lebih banyak ilmu dan menjadi hamba Allah yang lebih baik di setiap lembaran hari baru di dalam Tahun Baru Hijriah ini, Insyaallah.
Berlaku hijrah 1430 tahun lalu; bermulanya peristiwa hijrah terbesar dalam Islam untuk umat Islam terdahulu dan yang wujud sekarang ini. Semoga kita dapat membuat perubahan di Tahun Baru Hijriah ini melalui Al Quran dan al Hadist di mana Islam dan umatnya membawa rahmatan bil alamin. Kita haruslah sentiasa mendorong diri kita, ahli keluarga dan sahabat sekaliannya supaya sama berusaha dan pertingkatkan lagi keupayaan dan menambah tanggungjawab dan memperbaiki hati untuk mencapai keikhlasan, kerana sesungguhnya sesuatu kegemilangan itu memerlukan pengorbanan dan kegigihan. Dengan usaha yang gigih kita akan dapat keredhaan Allah di dunia akhirat. Tingkatkanlah penghayatan terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dan kukuhkanlah perpaduan kita, umat islam seluruh dunia.
Semoga dengan pertambahan usia di tahun baru ini, Allah senantiasa melindungi kita sekeluarga, memurahkan rezeki yang tidak terkira dan mudah tercapai apa-apa yang dikehendaki. Amin Ya Allahu Ya Wadud. Syukur atas nikmat keselamatan dan ketenteraman yang dikurniakan untuk bumi Malaysia.
'Don't forget to pray 4 Palestine'
Hari ni 29 Disember. Cian betul setiap kali tengok berita tentang Palestine. Sasaran terbaru kali ni kononnya ditujukan ke lokasi para pejuang Hamas, menurut "bukti" rakaman dari jet juruterbang zionis di mana menurut mereka serangan balas roket Hamas muncul sejurus selepas dibedil oleh jet pejuang tentera Israel di Gaza. Yang peliknya, antara lokasi yang musnah akibat bedilan juruterbang zionis itu ialah masjid, ibu pejabat keselamatan Hamas, stesen televisyen, trak bekalan minyak, gudang farmasi, hospital dan kemungkinan beberapa lagi lokasi penempatan awam yang tidak dinyatakan menerusi berita. Keganasan ini telah menyebabkan 280 terbunuh dan 780 lagi cedera dalam tempoh 24 jam, antara korban terbesar rakyat Palestin oleh rejim Zionis sejak 60 tahun lalu. Itu kadar kematian yang dapat direkodkan, yang hancur berkecai tidak ditemui dan tanpa rekod sebelum ini pula bagaimana? Tengok dalam TV pun boleh nampak serangan keterlaluan ini menyebabkan banyak kematian dan kecederaan terhadap orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Apa lagi kiranya dilihat depan mata. Kesannya tidak pernah berkurangan, malah semakin bertambah. Kita mengetahui dan mendengarnya. Tetapi sejauh mana peranan kecil kita? Setelah melihatnya dan tidak berbuat apa-apa. So please, berdoalah:
"Ya Allah, selamatkanlah para penduduk Islam Palestin dan para penegak agama Islam yang mulia di seluruh dunia. Aminn."
Sebagaimana kata Imron; 'Don't forget to pray 4 Palestine'.
ADS HERE !!!