Selesai sahaja kelas, nini terus tengok TV al Hijrah.
Seronok taw melihat ribuan rakyat Malaysia menghadiri acara Selawat Perdana malam tadi. Acara Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah yang bertemakan "Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan" ini diadakan di Dataran Masjid Putrajaya, Presint 1, Putrajaya Malaysia kira-kira kol 8-11.30 malam.
Namun terselit rasa terharu melihat kesungguhan Habib Syech Abdul Qodir Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasululah SAW dengan cara mereka yang tersendiri, berqasidah dan berselawat. Ini kali kedua nini tengok sepenuhnya kat dalam TV. Kali pertama tengok kat rakaman Segmen 30 Min HALAQAH Sentuhan Kalbu di TV9, Mega Mawlid di Solo, Jogjakarta Indonesia. Memang meriah!
Apa yang menarik hati, tak kira di Malaysia atau di Indonesia, budak-budak kecik, anak-anak muda, ibu-ibu, kakak-kakak mahupun orang-orang tua ikut serta mengalunkan qasidah dan berselawat walaupun kelihatan sebilangan besar daripada mereka tidak hafal serta mungkin tidak pernah menyanyikan qasidah sebelum ini.
Pendapat nini, acara seperti inilah antara platform terbaik yang boleh menghidupkan ukhuwah dan mengekalkan perpaduan sesama kita umat Islam. Kebaikan Habib Syech dan Habib Ali yang mendoakan keselamatan Malaysia amat terasa sehingga ramai yang menitiskan airmata.
Bagi yang tak sempat menengok acara Selawat Perdana ini, korang bolehlah klik Facebook TVAlhijrah untuk pengisian yang lebih lanjut kerana TVAlhijrah penyiar rasmi Selawat Perdana malam tadi dengan kerjasama siaran ihsan kat Astro Oasis dan TV1.
Ape lagi? Jom kita selawat,jom!
" Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi Sayyidina Muhammad "
Sumber:TVAlhijrah
ADS HERE !!!