Isk.. Cian aku tengok gambar budak-budak kecik ngan orang dewasa dalam e-mail yang kawan baik aku hantar baru-baru ni. Tajuk dier 'Inside Gaza.. (What you have not seen in media)'. Di tambah lagi dengan paparan foto-foto terkini keadaan mangsa kekejaman Israel dan rakaman berita yang disiarkan oleh orang kita di Gaza, makin bertambah lagi perasaan tu.
Aku tak reti nak bagitawu..uhuhu.
Salah seorang mangsa bom kimia fosforus, Sabbah Abu Halima yang melecur teruk pada tangan dan kakinya, dirawat di hospital Shifa, Gaza.
Sumber: Berita Harian Online 24 Januari
Nampak tak injurednya? Ini hanya sekeping foto yang aku amik. Line sini kurang 'pawer rut' ntuk upload photo. Ada banyak lagi foto kat blog kawan-kawan yang lain. Lagi real. Gambar² yang memaparkan kecederaan lebih dahsyat mangsa lain. Ada lebam-lebam. Ada putus-memutus. Kebarangkalian mangsa-mangsa yang tercedera hanya mampu terlantar di hospital dan di lokasi yang ditetapkan oleh pihak petugas perubatan dan palang merah antarabangsa sangat tinggi disebabkan tahap kecederaan yang teruk. Malah diorang (mangsa² ini) turut mengalami pelbagai komplikasi kesan bahan berunsur kimia yang diguna dalam serangan. Selain menghadapi kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga dan rakan-rakan, serangan yang tidak berperikemanusiaan rejim Yahudi ini pasti telah mengakibatkan sebilangan besar penduduk yang tercedera kehilangan anggota badan atau lumpuh sepanjang hayat, kan. Baru-baru nilah aku mendengar di mana 80% kanak-kanak pewaris Palestin bertekad akan membesar untuk bangkit mempertahankan tanah air mereka dari belenggu kezaliman rejim Yahudi. Aku tak pasti bait² patah perkataan mereka (kanak² Palestin) macamana, tapi kita tahu mereka akan berjuang nekad berhabis-habisan menuntut bela akan perbuatan tentera Israel yang membunuh ibubapa dan saudara mara di hadapan mata mereka bila tiba waktunya nanti.
P/s: Patutlah ramai kanak² Islam Palestin yang terkorban, generasi pelapis ini yang Israel risaukan. Dibunuh, ditembak di dahi, di dada tanpa sebab. Takut wujud kesinambungannya di kemudian hari. Mereka taktau, asbab inilah yang akan membuat jiwa kanak² ini lebih kuat. Semoga Alah senantiasa memberi kekuatan kepada mereka. Aminn. Assalamualaikum wahai kanak² Islam Palestin. Selamat dan salam sejahtera yang berterusan buat kamu, ya little mujahideen- kunci Intifada.
Bismillahirrahmanirrahim. Bagi saudara seagama kita di Palestin dan di seluruh penjuru dunia yang telah syahid fisabilillah dalam memperjuangkan agama Allah, hanya Allah yang dapat mengurniakan kebesaran ganjarannya. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui, akan memperlihatkan kita bagaimana bersinarnya para mujahidin, para syuhada' di hari penentuan kelak di mana bangkitnya mereka pada suatu kedudukan yang terpuji yang dicemburui oleh orang-orang yang terdahulu dan terkemudian. Bagi saudara-saudara kita yang meneruskan hidup pasca-pencerobohan tentera rejim Israel ini, janganlah kita lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doa kita. Benamkan dalam hati, kesakitan mereka adalah kesakitan kita juga. Pedih luka mereka, pedih kita juga. Kita bersaudara.
Mari kita doakan untuk kesembuhan mereka. Semoga mereka cepat sembuh sepenuhnya dari kecederaan. Aminn.
Bismillahirrahmanirrahim.
ADS HERE !!!